Monday, July 13, 2009

Info - dikongsi bersama

Jakim ambil alih keluar sijil halal


KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu yang
berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.


Tambah beliau, kerajaan juga
akan memastikan Jakim dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya ia lebih cekap dan berkesan

No comments:

Post a Comment